Belajar Solo Part 2



1.Chord Progression
 Dalam post sebelumnya, anda telah belajar skala major dalam key C.
Seterusnya chord progression yang mudah dan simple,
(Boleh rujuk post lepas Chord Progression)
Dalam skala C major , anda boleh memilih mana2 chord di bawah,,
  • Cmaj   Dminor  Emin     Fmaj   Gmaj     Amin        Bdim
Contoh chord progression yang mudah ialah 
  • Cmajor--> Emin---> Fmaj----> Gmaj

2. Beat
Mainkan chord progression dalam beat mudah dihafal
  • 4/4
  • C////----Em////------Fmaj////-----Gmaj///-----
  • Struming chord progression -mengikut kehendak naluri dan kemampuan tangan dan jari jemari anda
  • Sama ada whole note, half, quater atau, down stroke, upstroke, arpegiate..terpulang. tetapi harus dalam beat atau rythm,
3.Tempo
Tempoh yang perlahan memudahkan anda mencari  not yang sesuai semasa solo. Jadi mainkan chord progression dengan tempo yang perlahan, 
  • dibawah 100 bpm digalakkan(beat per minutes)
  • 60bpm lagi bagus
  • kalu xda metronome ,, bawa la jam dinding anda sebagai metronome anda(hehhehehe)
4.Backing Track
  • Backing track penting untuk memasikan kesesuaian seiring dengan chord yang dimainkan.Kalau tidak ada pun tidak jadi masalah.
  • Bagi yang ada guitar fx yang ada looper lagi senang.
  • Alternatif lain bawalah adik,kaka,abang,sepupu,kawan, atau yang sewaktu dengannya untuk backing track anda( yang tidak boring main rythm berulang-ulang sampai pengsan)