7 Langkah Setting Gitar Anda

Dalam tutorial ini saya akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk setting gitar anda untuk mendapatkan intonasi sempurna. Mempunyai gitar "in tune" adalah matlamat setiap gitaris.Intonasi yang tidak sempurna boleh didengar apabila kita bermain chord atau solo di frets tinggi. Tetapi anda boleh tune gitar anda untuk mencapai bunyi yang lebih baik

Langkah 1: Alat
Sediakan alat-alat yang ni: pemutar skru, Allen key , dan cromatic tuner . Anda boleh menggunakan tuner dari stompbox.
Penting: Gunakan tuner yang berkualiti. Tuner yang mempunyai ketepatan 1/10th semitone adalah cukup tepat.
Pastikan anda membeli alat-alat yang terbaik yang anda mampu. Bukan sahaja tahan lebih lama, tetapi juga  tidak akan merosakkan gitar anda. Contoh, pemutar skru murah dan kurang berkualiti boleh merosakkan kepala skru.

Langkah 2: Pastikan Neck Guitar Anda  Lurus
Jika neck  lurus, dan anda telah tiada buzzing, dan anda selesa, boleh dianggap bahawa truss rod anda diselaraskan dengan baik. 
Jika ia tiada buzz, tidak bermakna truss rod tidak  memerlukan pelarasan. Anda mungkin mendapati terdapat masalah dan boleh diselesaikan dengan menaikkan bridge atau saddle bridge.
Untuk memastikan neck gitar lurus tekan tali low E pada  fret k ke 2 dan ke 16. Gap atau ruang diantara tali dan puncak fret adalah lebih kurang 0.06 mm(tebal sehelai kertas. Ia mungkin lebih pada fret ke 8.


(1)


(2)


(3)
             
                                                    
Jika ia kelihatan seperti no 2 da n no 3 maka neck gitar  anda mesti diselaraskan terlebih dahulu. Jika neck anda lurus, anda boleh pergi terus ke Langkah 4. Jika tidak, teruskan ke Langkah 3.


Langkah 3: Laraskan Truss Rod
Truss rod adalah asasnya batang logam panjang yang dimasukkan ke dalam leher gitar dan ditetapkan. Mengetatkan atau melonggarkan ia mengubah  kelengkungan pada neck seterusnya mengubah ciri ciri dan palyabiliti.

Anda boleh melaraskan truss rod dengan  menggunakan  Allen key.
  • Jika ia seperti  No.3 .Ketatkan truss rod mengikut Arah Jam
  • Jika ia sepeti No 2. Putarkan melawan Arah Jam.
 Ia terbaik untuk hanya membuat pusingan kecil, sedikit pusingan boleh membuat banyak perbezaan.



Langkah 4: Gunakan Strings  Baru
Gantikan tali lama dengan yang baru. tali baru boleh memaksimumkan intonasi gitar anda. Jika anda mengunakan tune stanfard EADGBE, anda boleh mengunakan tali bermula dari .09-.11.


Langkah 5: Periksa Jarak Antara Tali dan Fret
Tune gitar anda sekali lagi  Kemudian periksa jarak tali dengan fret pada kededukan fret ke 12. Jarak  standard antara tali  ke 6 (Low E ) dan puncak fret pada fret ke 12 ialah  2 mm. Dan tali pertama (high E tinggi), ia adalah 1.5 mm.
Anda boleh menurunkan atau menaikkan jarak dengan tali dengan melaraskan skru yang terletak di bridge. Periksa semua fret pada setiap tali  jika terdapat buzz. Jika anda dapati buzz pada salah satu daripada fret, Tinggikan bridge untuk menghilang buzzing

Langkah 6: Set Intonasi
Tune gitar sekali lagi
Petik tali ke 6(open string), dan petik pada fret ke 12. pastikan not adalah sama( tidak # atau b)
Jika not menunjukkan E pada paparan tuner anda, maka intonasi gitar anda adalah OK.
  • Jika nota #(sharp), saddle bridge perlu dipindahkan kembali ke arah tailpiece atau menjauh dari pickup.
  •  Jika ia adalah b(flat), saddle  perlu dipindahkan dengan cara yang bertentangan - hadapan ke arah pickup.
Selepas pelarasan setiap kedudukansaddle.  Tune semula gitar anda dan bandingkan not di fret ke 12 dengan harmonik. Ulangi untuk semua tali sehingga intonasi yang betul.

Langkah 7: Langkah Akhir
Selepas anda selesai setting intonasi dan action(jarak tali dengan fret) cuba meainkan gitar anda. Perhatikan perubahan yangdihasilkan. Lebih kerap anda setting gitar anda, gitar anda akan in tune selalu
Jika anda menyimpan gitar anda  dalam persekitaran yang mempunyai suhu tetap, dan menggunakan tali  dan jenama tali yang sama, anda mungkin tidak  perlu untuk menyelaraskan intonasi dengan kerap. Ia boleh dilakukan setiap kali anda menukar tali baru.